27 Disember 2009
Pertandingan Ayam Serama 2010
AYAM SERAMA 2010
ANJURAN SUTRA BEACH RESORT & SPA
TARIKH: 30 Januari 2010 YURAN: RM40.00 seekor ayam
MASA: 9.00 pagi TEMPAT: Sutra Beach Resort & Spa, Kpg. Rhu Tapai, Merang, Terengganu.
8 kategori yang di pertandingkan : (Tertakluk pada terma dan syarat)
1) Serama Tanpa Lawi
2) Serama A 350 gm dan ke bawah
3) Serama B 351 – 500 gm
4) Muda = Ciri-ciri muda
5) Remaja = Ciri-ciri remaja
6) Induk = Ciri-ciri Induk
7) Anak A 100 gm ke bawah dan ciri-ciri
8) Anak B 101 – 140 gm dan ciri-ciri
Hadiah (setiap kategori) : BEST OF THE BEST: *** PIALA SUTRA***
Tempat Pertama Hadiah keseluruhan berjumlah RM1,050
Wang Tunai 200.00
Voucher Penginapan 850.00 (2 Hari 1 Malam Bilik Suite)
Tempat Kedua Hadiah keseluruhan berjumlah RM410
Wang Tunai 100.00
Voucher Penginapan 310.00 (2 Hari 1 Malam Bilik Deluxe)
Tempat Ketiga Hadiah keseluruhan berjumlah RM390
Wang Tunai 80.00
Voucher Penginapan 310.00 (2 Hari 1 Malam Bilik Deluxe)
Tempat Keempat Hadiah keseluruhan berjumlah RM310
Wang Tunai 60.00
Voucher Penginapan 250.00 (2 Hari 1 Malam Bilik Standard)
Tempat Kelima Hadiah keseluruhan berjumlah RM290
Wang Tunai 40.00
Voucher Penginapan 250.00 (2 Hari 1 Malam Bilik Standard)
Saguhati (30 % penyertaan) Barangan Elektrik
Cabutan Bertuah 6 x Voucher Penginapan 310.00
(2 Hari 1 Malam Bilik Deluxe)
6 x Voucher Penginapan 250.00
(2 Hari 1 Malam Bilik Standard)
Cabutan Bonanza 1 x Wang Tunai 2,000.00 1 x Wang Tunai 1,000.00
1 x Wang Tunai 500.00
8 x Voucher Penginapan 850.00
(2 Hari 1 Malam Bilik Suite)
*HADIAH KESELURUHAN RM40,000.00!!!
TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI PADA MEMBER-MEMBER SEMUA. PAKAT MARI RAMAI-RAMAI KE SUTRA......
PROMOSI BILIK RM99++ (2 HARI 1 MALAM BILIK STANDARD) KHAS UNTUK PESERTA SERAMA SAHAJA. TERBUKA KEPADA 50 BILIK SAHAJA SETIAP HARI DARI 29 JAN - 31 JAN (3 HARI SAHAJA). SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!
SILA HUBUNGI:
1) SHAMSUL 013-9048440
2) YA 019-9516665
3) RAHIM 013-9547067
4) ZAHARI 013-9321323
5) MALIZAN 012-6810861
Kalau nak dapatkan poster asal boleh klip pintasan di bawah :-
https://acrobat.com/#d=NGndKCVFGPyPoF8hnmwlhw
04 Oktober 2009
Bagaimana persiapan 10/10 nanti
Setelah berehat selama sebulan...masing-masing tentu tidak sabar untuk bawa ayam keluar bertanding .. semalam ada pertandingan di Pengkalan Chepa Kelantan .. dengar cerita walaupun bon kecil ayam yang dipertandingkan melebihi 250 ekor ..boleh tahan jugak tu ..menunjukkan peminat serama dah tak sabar-sabar untuk mengeluarkan ayam masing-masing .. kalah menang belakang kira ... yang penting dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita ..itu yang penting.
Pertandingan 10/10 nanti dijangkakan mendapat sambutan hangat daripada peminat dalam negeri Terengganu ataupun luar ... dengar cerita ramai juga peminat dari Kelantan akan turun ke sini walaupun di Kelantan sendiri ada pertandingan ada hari tersebut .. mungkin hadiah yang ditawarkan oleh Terengganu lebih lumayan kot. Apa-apa pun kita tungu dan lihat saja pada hari tersebut.
Jumpa di sana
Makluman
Sedikit makluman kepada peminat yang berniat untuk menyertai pertandingan ayam serama di Terengganu nanti ... banyak call yang saya terima inigin tahu lokasi pertandingan pada hari tersebut ... ada yan mengatakan di Batu Buruk ... di Dewan Sivik Durian Burung le dan banyak tempat lagi. Ok ini adalah tempat yag sebenar pertandingan tersebut akan diadakan :
DEWAN SIVIK PASIR PANJANG
21000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
Kalau tak tahu di mana dewan tersebut ..boleh call saya pada hari tersebut ... insyaallah saya akan beri panduan kepada anda untuk sampai ke sana.
08 September 2009
Bila le nak masuk majalah
telah lama saya tunggu ...dari dulu hingga sekarang... tapi serama kita belum lagi dapat menapak sepertimana kucing dan anjing.Tak ada ke pihak-pihak yang boleh menerbitkan satu majalah khusus tentang ayam serama .... kalau dulu ada le sedikit meriah bila ada satu kawan kita dari Dungun Terengganu ... saudara Ann mencetak kelender yang memaparkan gambar-gambar ayam serama .. saya perhatikan banyak kali juga dia ulang cetak sebab permintaannya begitu mengalakkan. Saya rasa kalau ada pihak yang mengeluarkan majalah tak kira le dalam bentuk mingguan, bulanan atau tahunan pasti mendapat permintaan punya. Banyak benda yang boleh dimasukkan kedalamnya ...berita penternak ( breeder ), pertandingan-pertandingan, jaguh-jaguh, skima pertandingan, tip-tip penjagaaan , eksesori-eksesori seperti kotak pertandingan, kain lilit dan juga isu-isu hangat yang berkaitan dengan ayam serama ... teringin juga nak tengok muka sahabat-sahabat kita masuk majalah ... mungkinkah ini akan menjadi kenyataan kelak
03 Ogos 2009
Serama ABS
Remaja Susu
27 Julai 2009
Koleksi Video BOTB Ayam Saya
Merah main muda BOTB masa di Melaka ... ini merupakan kali keempat ia mendapat jahan setalah 2 kali dalam kategori remaja dan sekali kategori Muda di Lubuh Jong sempena Hari Keputraan Sultan Kelantan ... kalau masih ingat masa tu ada cabutan bonanza sebuah kereta proton
Pertandingan ayam serama di Kampung Laut Terengganu. Ini merupakan kali kedua Merah main main A selepas mendapat johan kali pertama dalam kategori itu di Batu 6
Atur strtegi dengan orang glamour Paka.
Ini merupakan kemenangan Merah yang entah kali ke berapa pun saya tak ingat dalam kategori A ... tetapi merupakan kemenangan Merah dalam kategori A di Kota Bharu.
Begini cara-cara meletak anak remaja untuk bertandingan dalam kategori BOTB ... yang pasti payah sikit untuk menang .. maklum le budak lawan orang dewasa.
ini aksi Merah sewaktu pemilihan juara kategori A masa pertandingan Di Taman Orked ... dan mungkin rezekinya untuk mendapat title itu agaknya
Ini pula aksi ayam Ara Muda saya sewaktu dinobatkan sebagai juara dalam kategorinya ... dah jadi rezekinya mungkin baru kali pertama diturunkan sudah bergelar juara.
Ini merupakan final pada pertandingan hari itu ... dua ekor ayam saya telah masuk ke pertandingan BOTB iaitu Muda dan Serama A ... saya ada buat pertaruhan sikit dengan orang lama kita Pok Iek ... dia bermati-matian mengatakan yang ayam A saya akan memenangi pertandingan tersebut ... tetapi saya mengatakan yang ayam muda lebih berpotensi kerana hari-hari saya main BOTB di rumah untuk dua ekor ayam tersebut. Nyata apa yang saya katakan telah terbukti.
p/s : tetapi semua itu telah menjadi sejarah dalam penglibatan serama saya ... Merah telah mati di Kedah di tangan seorang sahabat saya ... walaupun Merah pernah ditawarkan RM5000 ... saya tidak terkilan walaupun ianya mati tanpa berharga satu senpun ... saya bagi percuma sahaja Merah kepada kenalan saya itu ..itupun setelah beberapa kali ianya turun ke Terengganu untuk membeli Merah ... mungkin dah ditakdirkan hendak berkubur di Kedah mungkin saya berikan merah kepadanya setelah habis ikhtiar saya merawat penyakit Merah ( Halusi - menjadi makin kurus dan kurus )saya dah mati kutu ... selamat tinggal Merah
Ara Muda pula telah berehat daripada bertanding sekarang ... last sekali masa di CM hari tu ... itu pun saja nak tengok prestasinya setelah lama dijadikan pembaka ... nampak sangat prestasinya menjunam terus .. mungkin masih teringatkan kepada induk-induknya di rumah mungkin .. ara tak banyak mencipta sejarah setakat 3 kali bergelar juara dan sekali tempat saguhati ... sekarang dia telah ditugaskan untuk memanjat induk-induknya sahaja sampai mati.